View Article |
Pembangunan Kepimpinan Asnaf Mualaf dalam Pemerkasaan Gerakan Dakwah
Abdul Ghafar Don1, Razaleigh Muhamat@Kawangit2, Ahmad Irdha Mokhtar3.
Mualaf adalah golongan yang baru memeluk Islam dan perlukan bimbingan secara berterusan dan terancang supaya mereka dapat mencapai kesempurnaan hidup sebagai seorang Muslim. Namun demikian, usaha bimbingan ini bukanlah satu perkara mudah bagi membawa mereka ke arah kesempurnaan hidup mengikut syariat Islam. Lebih sukar lagi adalah usaha membina dan melahirkan kepimpinan mualaf yang berwibawa dan mampu membimbing rakan mualaf yang lain. Artikelini cuba membahas isu berkaitan pembangunan kepimpinan asnaf mualaf dan implikasi kepada perkembangan gerakan dakwah. Kaedah yang digunakan dalam membincangkan isu berkaitan subjek kajian ini adalah kaedah analisis dokumen dengan merujuk bahan-bahan bertulis berkaitan subjek perbincangan seperti jurnal, buku, tesis, akhbar dan lain-lain. Perbincangan dan analisis kajian ini mendapati bahawa pembangunan kepimpinan mualaf adalah signifikan, relevan dan perlu dalam konteks perkembangan dan pemerkasaan gerakandakwah Islamiyah di Malaysia dalam jangka masa panjang.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 16 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|