View Article |
Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Nor Adrina Elani Hashim1, Shahlan Sura2, Hafizhah Zulkifli3.
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah dilaksanakan secara meluas akibat daripada pandemik Covid-19. Menerusi garis panduan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan guru-guru bersedia dan berusaha menyediakan bahan pengajaran yang bersesuai untuk diaplikasikan kepada murid secaradalam talian. Justeru itu, satu instrumen kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah dibina melalui adaptasi beberapa kajian lepas dan teori-teori. Instrumen yang diadaptasi perlu melalui proses kesahan dan kebolehpercayaan untuk menilai sejauhmana kebolehgunaan instrumen tersebut pada kajian yang sebenar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesesuaian item-item yang diadaptasi dalam konstruk kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kesahan dan kebolehpercayaan penting dilakukan agar setiap item yang diadaptasi dapat menepati ciri-ciri instrumen yang baik dan bersesuaian dengan bidang kajian pengkaji. Kajian tinjauan awal telah dilaksanakan ke atas 41 orang guru Pendidikan Islam dari lima buah sekolah di seluruh daerah Muar. Seramai tiga orang pakar penilai telah terlibat untuk menilai kesahan kandungan kajian ini. Kaedah pengukuran kuantitatif menerusi julat indeks kesahan kandungan (Content Validity Indeks, CVI) digunakan untuk menilai tahap kesesuaiandengan persetujuan tiga pakar ke atas 29 item. Terdapat satu item terpaksa digugurkan setelah disepakati oleh ketiga-tiga pakar bahawa item tersebut tidak diperlukan dalam kajian ini. Manakala, kebolehpercayaan instrumen pula diukur melalui kaedah ketekalan dalaman menggunakan pekali Alfa Cronbach. Hasil dapatan kesahan dan kebolehpercayaan mendapati instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian menepati ciri-ciri pengukuran yang boleh dipercayai dan digunakan dalam kajian sebenar. Secara keseluruhannya, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian menyumbang kepada konstruk dan item yang dipercayai serta berkualiti. Instrumen pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian boleh digunakansebagai rujukan kepada pengkaji akan datang untuk disesuaikan dengan bidang kajian yang ingin dikaji.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|