View Article |
Sumbangan Alumni Universiti Timur Tengah terhadap Perkembangan Bahasa Arab di Malaysia serta Cabaran yang Dihadapi
Siti Fatimah Mohd Saufi1, Zamri Arifin2.
Sumbangan tokoh-tokoh terdahulu dalam pendidikan asas yang berpendidikan dari universiti Timur Tengah dan fasih berbahasa Arab telah lama memberi kesan positif terhadap pendidikan bahasa Arab. Namun, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditangani agar pendidikan bahasa ini berkembang dengan lebih meluas dan mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia khususnya. Oleh itu, kajian ini ingin melihat sumbangan alumni universiti Timur Tengah dalam perkembangan bahasa Arab di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian menggunakan pendekatan kualitatif sepenuhnya. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual dan analisis dokumen. 6 orang responden dalam kalangan pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi telah dipilih berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan. Menerusi kajian ini, hasil dapatan mendapati sumbangan yang diberikan oleh tokoh-tokoh ini merangkumi banyak aspek tidak kira sama ada di dalam atau di luar kuliah. Antaranya ialah terlibat dalam program-program bahasa Arab, bengkel, seminar, penterjemahan, penciptaan aplikasi dan penerbitan. Mereka ini mendedahkan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dengan pelbagai metode yang memudahkan masyarakat menerimanya sekaligus menghasilkan pengajian yang bermutu.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 12 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|