View Article |
Amalan Pedagogi Hikmah dalam Pengajaran Akidah di Sekolah Rendah
Adilah Kamal Azizi1.
Pengajaran Akidah dianggap sebagai suatu proses yang sukar kerana ia menuntut seseorang guru menyampaikan pengetahuan untuk membentuk keyakinan yang mendalam kepada kewujudan dan kekuasaan Allah SWT. Murid pula menganggap subjek Akidah sebagai satu mata pelajaran yang susah untuk difahami dan membosankan. Justeru, kertas konsep ini dikemukakan bertujuan untuk memahami amalan Pedagogi Hikmah dalam membantu guru melaksanakan pengajaran Akidah di sekolah rendah dengan berkesan. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen sepenuhnya. Pengkaji akan membincangkan elemen-elemen yang terdapat di dalam Pedagogi Hikmah, penggunaan teori dan model pengajaran yang berkaitan, pelaksanaan pengajaran Akidah menggunakan pendekatan Pedagogi Hikmah dan implikasi pelaksanaan Pedagogi Hikmah di dalam pengajaran Akidah. Pedagogi Hikmah didapati praktikal untuk diamalkan dalam pengajaran Akidah khususnya di sekolah rendah kerana ia membantu guru untuk mengendalikan pengajaran berpusatkan murid secara berkesan manakala murid pula berpeluang meneroka pembelajaran dengan mengaplikasikan kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Pendekatan Pedagogi Hikmah didapati membantu murid untuk meningkatkan kemahiran kognitif, kemahiran komunikasi dan sosial, minat, motivasi serta keyakinan dalam pembelajaran. Kajian ini bermanfaat kepada guru Pendidikan Islam sebagai panduan untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran Akidah yang berkesan.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|