View Article |
Ciri-ciri Linguistik Buku Teks Bahasa Arab Darul Quran JAKIM: Satu Analisis
Mohd Khairul Akhbar Jahiruddin1, Zulazhan Ab. Halim2, Mohamad Azwan Kamarudin3.
Kajian kebolehbacaan teks berbahasa Arab di Malaysia mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kajian kebolehbacaan teks sebegini sebenarnya bertitik tolak daripada keperluan menilai semula kualiti pembelajaran bahasa Arabyang sekian lama diamalkan selama ini. Tidak seperti bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yangtelah membangunkan pelbagai formula untuk tujuan tersebut.Atas dasaritu, kajian ini dijalankan sebagaisatu langkah penerokaan awal ke arahmengenal pasti ciri-ciri linguistik yang berpotensi menjadiperamal kesukaran kepada pembangunan formula kebolehbacaan teks berbahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jatidi Malaysia. Untuk tujuan tersebut, kajian ini bakal mengenal pasti dan menganalisis ciri-ciri linguistik Arab yang terdapat dalam buku teks bahasa Arab bagi program pengajian Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang dijadikan sebagai sampelkajian. Kajian ini berpendekatan kualitatif dengan menggunapakaikaedah analisis kandungan. Data terkumpul dianalisis secara deskriptif untuk melihat ciri-ciri dominan yang mungkin berkait dengan tahap kebolehbacaan buku teks berkenaan. Analisis menunjukkan penggunaan ayat mudah, ayat kompleks dan ayat nama di tahapsederhana. Walau bagaimanapun, penggunaan ayat kompleks adalah lebih tinggi daripada ayat mudah dan ayat namaan pula lebih tinggi daripada ayat kerjaan. Terdapat bilangan kata yang biasa dan kerap digunakan yang tinggi, namun tiada sebarang jenis kata yang mencapai majoriti daripada keseluruhan bilangan kata. Kajian ini mencadangkan bahawa teks dalam buku kursus bahasa Arab yang dipelajari oleh pelajar peringkat diploma di Darul Quran JAKIM haruslah sesuai dengan tahap penguasaan bahasa Arab mereka. Ciri-ciri linguistik yang terkandung di dalamnya sewajarnya berperanan meningkatkan kebolehbacaan pelajarterhadapnya.
Affiliation:
- Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia (UNISZA), Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 13 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|