View Article |
Pelaksanaan Modul Transformasi Ehsan di Rumah Pemulihan MAIS (Baitul Ehsan dan Baitul Iman)
Fitri Munawaroh Zailani1, Muhamad Faisal Ashaari2, Salasiah Hanin Hamjah3.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempunyai suatu modul yang digunakan kepada pelatih di dua rumah pemulihan MAIS iaitu Baitul Ehsan dan Baitul Iman. Modul yangdinamakan dengan Modul Transformasi Ehsan ini telah diikuti oleh lebih kurang 2000 orang pelatih sejak 2014. Dalam tempoh ini, lebih 70% –80% dari kalangan bekas pelatih telah dilaporkan berjaya merubah diri dan istiqamah setelah keluar dari pusat pemulihan. Oleh itu, kajianini membincangkan cara modul ini dibangunkan dan dilaksanakan ke atas pelatih; mengkaji cabaran yang dihadapi dan penambahbaikan yang diperlukan. Kajian ini menggunakan metode kualitatifmenerusi temu bualdengan tiga orang pakar yang terdiri daripada penguasa dan penggubal sertapelaksana modul telah ditemu bual melalui Round Table Discussion(RTD).Focus Group Discussion (FGD) telah dijalankan ke atas 13orang pelatih dari Baitul Iman dan Ehsan. Data temu bual dari RTD pula dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik, deskriptif dan naratif melalui perisian ATLAS.ti. Dapatan temu bual dari RTDmendapati bahawa Modul Transformasi Ehsan telahmelalui proses pembinaan modul yang begitu teliti; mempunyai training of trainer (TOT) kepada pelaksana dan pendedahan awal kepada pelatih sebelum melaksanakan modul; memiliki program khusus bagi perlindungan luar kepada bekas pelatih yang tiada hala tuju; dan memperkasakan disiplin melalui sistem merit. Manakala, dapatan temu bual FGD menemui bahawa pelatihtelah berubah setelah mengikuti modulini. Namun, masih terdapat cabaran iaitu tiada subtajuk khusus berkaitan pengurusan komunikasi yang menjadi kekangan kepada pelatih ketika memulakan perbicaraan dalam sesi perkenalan;dan tiada modul khusus berkaitan cara menangani dan menguruskan pelatih akidah. Justeru, hasil temu bual RTD mencadangkan agar penambahbaikan kandungan modul dapat disesuaikan mengikut keperluan semasa; dan moduldiselaraskandengan kesediaan pelaksana dan pelatih terutama dari sudut infrastruktur, kepakaran dan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan modul. Kajian ini diharap dapatmembantu pihak berkaitan memperbaiki amalan yang sedia ada dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Modul Transformasi Ehsan.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 13 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|