View Article |
Penerimaan Kandungan Dakwah di Media Sosial dalam Kalangan Generasi Z
Husna Salehudin1, Rosmawati Mohamad Rasit2, Zulkefli Aini3.
Media sosial menjadi platform dalam kalangan netizenuntuk mendapatkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan agama dan dakwah. Namun, lambakan kandungan dakwah menyebabkangenerasi Z memilih untuk menerima kandungan dakwah yang tertentu sahaja dan kerap mengabaikannya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan kandungan dakwah di media sosial dalam kalangan generasi Z. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik dalam talian sebagai kaedah pengumpulan data. Seramai 306 sampel responden telahdipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Data dianalisis secara ujian deskriptif melalui analisis tahap dan analisis tabulasi silang menggunakan perisian SPSS 32.0. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan kandungan dakwah di media sosial berada pada tahap yang tinggi dalam kalangan gen Z. Analisis Tabulasi Silang menunjukkan Gen Z menjadi netizen yang paling ramai menerima kandungan dakwah di media sosial berbanding dengan generasi X dan Y. Kajian ini diharapkan menyumbang kepada peranan media sosial melalui globalisis revolusi digital bagi membina akal budi generasi muda yang madani.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 12 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|