View Article |
Kajian Literatur: Hubungkait Penguasaan Tatabahasa Arab dan Kemahiran Menulis
Muhammad Irfan Mhd Rusdi1, Ibrahim Abdullah2, Fariz Azzuan Amat Suparia3, Muhammad Syaffiq Mohammed Raffi4, Farhana Ghazuddin5.
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang mendapat tempat dalam kalangan pelajar di Malaysia. Banyak kursus bahasa Arab ditawarkan di universiti-universiti yang memfokuskan kepada pelbagai bidang Bahasa Arab. Tatabahasa Arab merupakan salah satu cabang ilmu bahasa Arab dalam bidang linguistik. Namun begitu, pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami dan mempraktikkan tatabahasa Arab dengan betul. Penguasaan tatabahasa pelajar sangat penting untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Banyak kajian mengaitkan penguasaan Bahasa Arabdengan kemahiran-kemahiran Bahasa bagi mengenal pastikeupayaan pelajar dalam menguasai Bahasa ini dengan sangat baik. Oleh itu, kajian ini membincangkan sorotan literatur mengenai penguasaan tatabahasa Arab dan kemahiran menulis dengan membuat rujukan daripada pelbagai sumber termasuk jurnal, artikel, tesis dan buku. Hasil kajian mendapati pengetahuan tatabahasa Arab dan kemahiran menulis berkait rapat dan terdapat korelasi positif bagi kedua-duanya. Kajian ini juga menawarkan beberapa cadangan dan saranan untuk kajian akan datang.
Affiliation:
- , Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia, Malaysia
- Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 16 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|