View Article |
Penterjemahan Identiti Budaya Material Masyarakat Melayu dalam Komik Budak Kampung ke Bahasa Arab
Nurul Asmira Mohammad Yusuff1, Suhaila Zailani@Ahmad2.
Identiti budaya ini bukan sahaja dapat dilihat melalui tingkah laku dan gerak geri individu dalam sesebuah masyarakat, malah dapat diperkenalkan dan diinterpretasikan melalui karya penulisan. Bagaimanapun, pengekalan identiti budaya ketika proses penterjemahan menjadi cabaran terbesar kepada para penterjemah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti identiti budaya material masyarakat Melayu dalam komik Budak Kampungdan menganalisis strategi terjemahan identiti budaya masyarakat Melayu ke bahasa Arab dalam komik Budak Kampungberdasarkan strategi terjemahan Newmark. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menganalisis kandungan teks komik Budak Kampungbersertaterjemahannya ke bahasa Arab iaitu ‘Tifl al-Qaryah’. Daripada 51 perkataan beridentiti budaya materialyang dikenalpasti dalam korpus kajian, hanya 10 sampel sahaja dianalisis sebagai contoh strategi terjemahan Newmark digunakan bagi menterjemahkan perkataan beridentiti budaya material daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. Kajian mendapati bahawa empat aspek utama budaya material dipaparkan dengan jelas dalam komik Budak Kampung, iaitu makanan dan minuman, pakaian, seni bina dan bandar serta pengangkutan. Manakala bagi strategi terjemahan pula, enam strategi terjemahan Newmark dikesan telah digunakan dalam menterjemahkan identiti budaya ke bahasa Arab, iaitu strategi terjemahan literal, padanan budaya, pengguguran, padanan deskriptif, naturalisasi serta kuplet. Strategi terjemahan padanan deskriptif paling kerap digunakan berbanding strategi terjemahan lain. Kajian ini diharap dapat memberi input baharu kepada para penterjemah dalam menterjemahkan teks yang sarat dengan identiti budaya khususnya teks komik yang berperanan memperkenalkan kebudayaan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 13 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|