View Article |
Langkah Pengkomersialan Kraf TanganTradisional (Tekstil dan Seramik) Melalui Inovasi Produk di Malaysia: Suatu Kepentingan
Syed Mohamad Shahfiq Syed Mohd Suhaimi1, Wan Nor Jazmina Wan Ariffin2, Muhamad Fazil Ahmad3, Mohamad Asmawi Ibrahim4, Farah Syazrah Mohd Ghazalli5.
Kraf tangantradisional adalah sebahagian daripada warisan kebudayaan yang diwariskan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini untuk dipelihara. Langkah memelihara warisan inimelibatkan pelbagai kaedah termasuklah melalui pengkomersialan.Pengkomersialan kraf tanganmemerlukan ia sentiasa ditambahbaik agar kekal relevan di pasaran dan sentiasa mendapat permintaan. Oleh yang demikian, antara langkah yang diambil adalah dengan melaksanakan inovasi kepada produk kraf tangantradisional di Malaysia. Maka, kajian ini dilaksanakan bagi menilai kepentingan inovasi kepada produk kraf tangantradisional terutama dalam bidang tekstil dan seramik,iaitu songket, batik dan labu sayong. Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan temubual bersama dengan mereka yang terlibat dalam kraf tanganseperti pegawai dari Perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia (KraftanganMalaysia), Institut Kraf Negara (IKN), badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) dan beberapa orang pengusaha kraf tangantersebut. Hasil kajian mendapati wujud kepentingan inovasi kepada kraf tangantradisional iaituseperti mengurangkan kos penghasilan produk, memudahkan pengendalian, menyingkatkan proses penghasilan, menyesuaikan dengan gaya hidup semasa, menghapuskan campur tangan orang tengah dan menarik minat belia untuk menyertai bidang kraf tangan.Kajian ini diharapkandapat membantu pihak kerajaan untuk merancang dan melaksanakan lebih banyak dasarke arah kemampanan kraf tangantradisional di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Malaysia), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Malaysia), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Malaysia), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Malaysia), Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu (Malaysia), Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|