View Article |
Analisis Keperluan Pembangunan Aplikasi Kosa Kata Arab MufradatiPelajarUiTM
Muhamad Khairul Anuar Zulkepli1, Burhanuddin Wahab2, Ahmad Fauzi Yahaya3, Mohd Zulkhairi Abd Hamid4, Norhayuza Mohamad5.
Teknologi pembelajaran ialah pembelajaran berkonsepkan teknologi dan ia semakin berkembang pada era modenisasi ini dan terus menular dalam dunia pembelajaran kosa kata khususnya bahasa Arab dengan variasi platform dan teknologi terkini seperti aplikasi, prototaip dan sebagainya. Penghasilan aplikasi berbentuk prototaip boleh mencetuskan motivasi dan minat dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab. Dalam usaha memupuk motivasi dan minat tersebut, para pendidik atau guru perlu mencetuskan idea dan sumbangan inovasi dalam menyediakan platform pembelajaran menepati cita rasa generasi masa kini yang berpaksikanteknologi. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis keperluan terhadap pembangunan satu aplikasi kosa kata bahasa Arab komunikasi bagi pelajar UiTM. Kajian ini kajian kuantitatif yang mengadaptasikan instrumen soal selidik sebagai sumber data primer. Terdapat tiga fasa pengumpulan data dilaksanakan yang melibatkan fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Sebanyak 144 orang responden terlibat dalam kajian ini dan mereka ialah pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab kod TAC401 (Introductory Arabic Part I). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 28 bagi mengukur tahap keperluan responden. Hasil analisis memperlihatkan satu interpretasi yang tinggi untuk membangunkan aplikasi sebagai sokongan dalam pembelajaran kosa kata bahasa Arab dan implikasi kajian ini memberikan sumbangan kepada bahan bantu pembelajaran sebagai platform baru pelajar UiTM mempelajari kosa kata bahasa Arab.
Affiliation:
- Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, Malaysia
- Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|