View Article |
Pemerolehan Bahasa Pertama Remaja AttentionDeficit Hiperactivity Disorder Terhadap Arahan Semasa Pandemik Covid-19
Siti Noridayu Abd Nasir1, Hazlina Abdul Halim2, Ahmad Shuib Yahaya3.
Kajian ini dijalankan bertujuan melihat sejauh mana pemerolehan bahasa remaja berkeperluan khas terhadap arahan sepanjang pandemik Covid-19. Selain itu, bertujuan menganalisis pemerolehan bahasa (B1) dalam arahan yang diberikan semasa pandemik dengan mengaplikasikan Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1960). Seterusnya, kajian dijalankan dengan melihat kepada pemahaman tentang arahan dalam pematuhan Standard Operation Procedure (SOP)yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan mengaitkannya menggunakan teori yang dipelopori oleh Jean Piaget. Pemerolehan bahasa (B1) juga dilihat melalui pengetahuan tentang virus Covid-19 melalui informasi yang dikeluarkan oleh KKM secara rasmi. Responden kajian adalah seorang remaja yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran dari negeri Perlis dipilih dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah artikel dan poster yang dikeluarkan oleh KKM melalui laman facebookrasmi KKM. Temu bual bersama responden dirakam danditranskripsi secara teks untuk proses dokumentasi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa remaja berkeperluan khas dapat memahami dengan jelas arahan semasa pandemik Covid-19 kerana terdapat arahan yang diketahui dengan jelas melalui media elektronik. Malah, peringatan secara berulang kali oleh ahli keluarga dan orang sekeliling menjadi perkara penting yang diingati dengan jelas oleh responden. Responden dilihat dapat melaksanakan arahan semasa pandemik Covid-19 dengan jelas dan memahami tentang bahaya sertakesan akibat jangkitan virus tersebut kepada manusia. Malah, melalui kajian ini cara penyampaian maklumat sepanjang pandemik Covid -19 yang menunjukkan keberkesanannya boleh diaplikasikan dalam proses pembelajaran remaja berkeperluan khas.
Affiliation:
- , Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- , Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia., Malaysia
- , Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|