View Article |
Terjemahan Majaz Mursal al-Qur’anmelalui Strategi Eksplisitasi: Analisis Itibar Ma Kana
Noor Maizaitun Zainuddin1, Nasimah Abdullah2, Saifulah Samsudin3.
Majaz mursal merupakan salah satu daripada gaya bahasa majaz yang terdapat dalam ilmu retorik bahasa Arab. Majaz mursal mengandungi makna implisit. Jika majaz mursal diterjemah secara literal akan mengundang kepada kehilangan makna implisit yang terdapat di dalamnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan strategi eksplisitasi dalam usaha menzahirkan makna implisit yang wujud dalam gaya bahasa majaz mursal al-Quran khusus kepada hubungan berkaitan dengan perkara yang telah terjadi(علاقة اعتبار ما كان). Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan berbentuk kualitatif kerana menggunakan kaedah analisis kandungan teks dan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan kitab al-Burhan fi Ulum al-Quran sebagai sumber data utama dalam kajian.Empat teks terjemahan al-Quran iaitu teks terjemahan al-Hidayah House of Quran, Karya Bestari, Abdullah Basmeih dan Yayasan Restu dijadikan korpus untuk melihat pendekatan terjemahan yang digunakan. Analisis data bagi terjemahan yang dipilih adalah berlandaskan teori eksplisitasi yang diperkenalkan oleh Vinay & Darbelnet (1995) dan teknik pengeksplisitan yang dikemukakan oleh Murtisari (2016). Untuk mengukur ketepatan dan kesepadanan mesej bahasa sumber dengan bahasa sasaran, penghuraian kitab-kitab tafsir dirujuk seperti Tafsĩr al-Kashshāf karya Al-Zamakhsyari, Tafsir al-Jalalain karya al-Suyuti, Tafsir Anwar At-Tanzil wa Asraru At-Tawil karya Baydhawi, Tafsir Al-Tashil li Ulum al-Tanzil karya Ibn Juzayy, Tafsir al-Tahrir Wa al-Tanwir karya Ibn Asyur, Tafsir al-Tabari karya al-Tabari, Tafsir Fi Zilal al-Quran karya Syed Qutb dan Tafsir al-Munir karya Wahbah al-Zuhaili. Berdasarkan enam data yang dikaji, kajian ini mendapati bahawa strategi eksplisitasi yang digunakan mampu menzahirkan makna implisit yang wujud dalam gaya bahasa majaz mursal dari hubungan berkaitan dengan perkara yang telah terjadi berbanding kaedah literal yang mengundang kehilangan makna majaz mursal dalam teks terjemahan.
Affiliation:
- Universiti Islam Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Islam Selangor, Malaysia, Malaysia
- Universiti Islam Selangor, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|