View Article |
Pembinaan Indikator Pengukuran Religiositi dari Data Digital: Satu Penerokaan Baru
Aliff Nawi1, Mohd Faiz Mohd Yaakob2, Mat Rahimi Yusof3, Wan Hilmi Wan Abdullah4, Fatin Athirah Zameran5.
Manusia kini hidup di sekelilingi oleh lambakan data. Bermula dari berkomunikasi, melakukan transaksi jual beli, memesan makanan, mendengar muzik, menonton video dan meluangkan masa lapang. Semuanya dilakukan secara atas talian. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan secara atas talian, data akan direkod dan meninggalkan kesan yang dapat dijejaki menerusi data digital. Data digital ialah kesan data yang ditinggalkan semasa menggunakan internet. Ini termasuk laman web yang dikunjungi, aplikasi telefon pintar yang digunakan, maklumat seperti teks, gambar atau video yang dipaparkan dan informasi yang dihantar ke mana-mana perkhidmatan secara atas talian. Oleh yang demikian, penulisan artikel ini bertujuan untuk meneroka potensi baru pembinaan indikator pengukuran religiositi dari data digital. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menerusi kaedah pengkajian kepustakaan dan juga dengan reka bentuk analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa data digital berbentuk digital footprints berpotensi untuk dimanfaatkan dalam membangunkan satu alat ukur seperti penggunaan soal selidik dalam kajian sains sosial. Cabaran pembinaan indikator pengukuran religiositi dengan bersumberkan data digital turut diulas dengan lebih terperinci bagi membentuk prospek kajian kontemporari. Cadangan untuk menjayakan dua unsur gabungan indikator religiositi dan data digital turut diutarakan memandangkan kehidupan manusia kini dibanjiri dan disekelilingi oleh pelbagai data digital.
Affiliation:
- , Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia, Malaysia
- , Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|