View Article |
Faktor Keganasan Rumahtangga di Malaysia: Suatu Sorotan Literatur
Nik Amni Sajidah Nik Lukman1, Haziyah Hussin2.
Keganasan rumahtangga yang berlaku antara pasangan sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian merupakan fenomena sosial yang masih berterusan sehingga hari ini. Lazimnya perkara ini dilakukan suami ke atas isteri namun terdapat juga kes isteri yang melakukan keganasan terhadap suami. Pelaku keganasan lazimnya ingin meraih kuasa dan mengawal atau melepaskan amarahnya terhadap pasangan. Keganasan rumahtangga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fizikal, verbal, seksual, sosial dan kewangan. Isu ini menyebabkan ramai penyelidik melakukan kajian tentang keganasan rumahtangga. Namun, tidak banyak kajian yang mengkaji tentang faktor keganasan rumahtangga secara mendalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka kajian-kajian lepas tentang faktor keganasan rumahtangga. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap artikel yang diperoleh daripada pangkalan data Google Scholar. Hasil kajian mendapati tema bagi faktor keganasan rumahtangga ialahdiri, pasangan, budaya dan persekitaran. Faktor utama keganasan rumahtangga ialah masalah kewangan, penggunaan bahan terlarang, sikap pelaku, masalah cemburu dan kurang pengetahuan agama. Kajian ini dapat membantu masyarakat mengenal pasti faktor utama keganasan rumahtangga berdasarkan dapatan kajian terdahulu. Dari situ, pelan tindakan untuk menangani masalah keganasan rumahtangga dapat dijalankan dengan efektif.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 45 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|