View Article |
Analisis Kaedah Pentafsiran Syeikh Abdullah Basmeih Terhadap Ayat Mutasyabihat al-Sifat
Nurul Nabilah Ahmad Marzuki1, Mohd Nazri Ahmad2.
Syeikh Abdullah Basmeih antara tokoh ulama’ Nusantara yang tersohor dalam penulisan kitab tafsir iaitu Tafsir Pimpinan al-Rahman. Tafsir ini juga berperanan sebagai rujukan utama bagi penulisan ilmiah di universiti khususnya dan umumnya menjadi tafsiran yang dirujuk oleh masyarakat di Malaysia. Penggunaannya sebagai satu sumber rujukan lebih signifikan apabila tafsirannya digunakan pada aplikasi al-Quran di dalam peranti-peranti elektronik pada masa kini. Tafsiran berkaitan ayat mutasyabihattentang sifat Allah swt menjadi satu polemik masyarakat apabila perbezaan pegangan individu mendasari kefahaman mereka. Kekeliruan yang timbul dalam memahami sifat Allah swt menjadikan keperluan kepada masyarakat untuk merujuk tafsiran ulama’ kerana wujudnya pelbagai fahaman menyeleweng dalam menginterpretasikannya. Justeru, kajian ini memfokuskan untuk memperkenalkan Syeikh Abdullah Basmeih sebagai seorang tokoh mufassirdan kitabnya serta kaedah pentafsiran yang digunakan terhadap ayat mutasyabihat sifat Allah swt dalamkitab Tafsir Pimpinan al-Rahman. Metodologi kajian ini ialah analisis kandungan bagi melihat aplikasi kaedah yang dijalankan dalam menghuraikan ayat-ayat mutasyabihatberkaitan sifat Allah swt dan data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menjelaskan bahawa Syeikh Abdullah Basmeih mentakwilkan nas-nas mutasyabihatdengan takwil ijmalipada lafaz al-Wajh, al-‘Ain, al-Majiudan al-Fawqaserta cenderung kepada mazhab khalaf. Kajian ini berupaya memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman serta kefahaman yang jelas dalam menginterpretasikan nas-nas mutasyabihat al-sifat.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 16 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|