View Article |
Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab dalam Bidang Sastera dalam Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab
Rosni Samah1, Aishah Isahak2, Khairul Asyraf Mohd Nathir3, Mohamad Yazid Abdul Majid4, Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi5, Hishomudin Ahmad6.
Kosa kata merupakan elemen utama dalam penguasaan bahasa. Melalui kosa kata, frasa akan dapat dibina. Begitu juga kefahaman frasa akan dapat dicapai melalui kefahaman makna kosa kata. Tanpa saiz kosa kata yang mencukupi, penguasaan bahasa tidak dapat dicapai. Kajian ini bertujuan melihat tahap penguasaan kosa kata bidang sastera Arab dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda bahasa Arab. Bagi melihat tahap tersebut, set ujian disediakan melalui terjemahan kosa kata pilihan yang telah melalui kesahan pakar dalam bidang sastera Arab. Sampel adalah pelajar tahun akhir yang telah mengikuti beberapa kursus tentang sastera Arab. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lemah dalam penguasaan kosa kata bidang sastera Arab. Kelemahan penguasaan kosa kata memberi implikasi terhadap kelemahan memahami perbincangan dalam bidang ini. Kajian ini turut mencadangkan agar pelajar bahasa Arab dapat menggunakan strategi pembelajaran bahasa bagi meningkatkan pemerolehan kosa kata dalam bahasa sasaran mereka.
Affiliation:
- Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia

Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 31 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|