View Article |
Penggunaan Aplikasi Cashzinedan Hukumnya Menurut Perspektif Islam
Wafa’ Abdul Hamid1.
Cashzine merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk menjana wang. Aplikasi ini memperuntukkan pengguna mengumpulkan koin dengan membaca berita-berita dari pelbagai kategori. Koin tersebut kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang setelah mencapai had yang telah ditetapkan. Kehadiran aplikasi penjana wang ini telah menimbulkan banyak persoalan tentang hukumnya dari segi syarak. Walaupun Islam mengharuskan dalam bermuamalah namun, kajian yang teliti harus dijalankan bagi memastikan keharusan tersebut sama ada dikekalkan atau ataupun sebaliknya. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kaedah menjana wang melalui aplikasi Cashzine dan menghuraikan hukum penggunaan aplikasi Cashzine menurut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kemudian, data yang diperoleh dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif, reduksi data dan pendekatan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Cashzine adalah diharuskan berdasarkan teori akad Ju’alah dalam pemberian ganjaran. Wang yang diperoleh juga sah selagi ia dikumpulkan melalui kaedah yang diharuskan syarak seperti membaca berita yang bermanfaat. Namun, penghasilan tersebut boleh menjadi haramsekiranya diperoleh melalui cara yang bercanggah dengan Islamseperti menonton video memaparkan aurat, membaca berita yang melalaikan, bermain permainan berunsurkan judi, keganasan dan sebagainya. Kajian ini dapat memberi pemahaman dan pengetahuan kepada masyarakat dalam memilih aplikasi menjana wang yang baik dan sejajar dengan perintah syarak
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|