View Article |
Sorotan Literatur Punca Perceraian Awal Perkahwinan di Malaysia
Mohd Fadli Sulaiman1, Zaini Nasohah2.
Semua pasangan yang berkahwin inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia dan harmoni. Jika diberi pilihan, sudah pasti tidak ada yang mahukan sebarang konflik dan masalah dalam hidup berkeluarga.Namun apakan daya sudah menjadi lumrah kehidupan berumahtangga yang sentiasa ada pasang surutnya. Begitulah fenomena yang terjadi dikalangan pasangan yang berada pada fasa awal perkahwinan. Belum pun mencecah lima tahun tempoh perkahwinan sudah wujud pelbagai konflik dalam rumahtangga.Memang konflik itu perkara biasadalam kehidupan, cuma kegagalan mereka menanganinya yang menjadi persoalan. Kerana konflik yang wujud itu berpunca dariisu-isu picisan sahaja. Mereka tidak dapat menanggapinya dengan baik sehingga membawa kepada perceraian.Kajian ini bertujuan menganalisissorotan literatur berkenaan punca yang menyumbang kepada perceraian pada fasa awal perkahwinan. Apakah punca-punca utama yang menyebabkan rumahtangga mereka goyang dan roboh dalam masa yang singkat. Metodologiyang digunapakai dalam konteks pengumpulan data adalah melalui analisis dokumen terhadap bahan-bahan literatur.Penganalisisan data dilakukan secara deskriptifdan dipersembahkan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan punca perceraian awal perkahwinan ini kerana isu kegagalan melunaskan nafkah, masalah komunikasi seharian, masalah kewangan, campur tanganpihak ketiga dan juga berpunca dari sebab-sebab yang remeh temeh dan melucukan. Implikasi hasil kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh agensi yang menguruskan hal ehwal perkahwinan dan pembangunan keluarga di negara ini.Pendekatan daninisiatif baharu perlu dirangka untuk membendung isu perceraian awal perkahwinan ini, demikelangsungan hidup berkeluarga, keharmonian masyarakat dan mewujudkan negara yang sejahtera.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 36 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|