View Article |
Perspektif Mufti Berkaitan Faktor Penerimaan dan Penolakan Fatwa di Malaysia
Nurbazla Ismail1, Anwar Fakhri Omar2, Ammar Rushdi Jamaluddin3.
Institusi fatwa merupakan institusi yang penting di Malaysia. Institusi ini bertanggungjawab dalam menjelaskan hukum dan menjawab persoalan masyarakat berkenaan isu agama Islam. Namun begitu, terdapat masyarakat yang masih menolak dan tidak menerima fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa. Objektif kajian ini dijalankan adalah bagi menganalisis faktor penerimaan dan penolakan fatwa oleh masyarakat dari perspektif mufti. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mengumpulkan data menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk buku-buku serta jurnal yang berkaitan fatwa serta menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah tematik. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa faktor penerimaan dan penolakan masyarakat terhadap fatwa terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek individu dan pengurusan institusi fatwa. Bagi aspek individu, antara faktor yang menyebabkan penerimaan dan penolakan fatwa ialah berdasarkan kefahaman individu tersebut dalam memahami teks nas agama serta kefahaman tentang fiqh keutamaan dalam ibadat. Selain itu, faktor sumber rujukan individu juga mempengaruhi penerimaan dan penolakan terhadap fatwa. Di samping itu, faktor kesediaan individu tersebut sendiri untuk mahu mengambil tahu dan berminat untuk mengetahui fatwa serta mahu menjaga kepentingan peribadi juga penyebab kepada penerimaan dan penolakan fatwa. Bagi aspek pengurusan institusi fatwa, penerimaan dan penolakan terhadap fatwa dipengaruhi oleh kadar capaian maklumat fatwa kepada masyarakat. Selain itu, kaedah penyusunan struktur ayat dalam penulisan keputusan fatwa yang disebarkan kepada masyarakat juga memberi kesan kepada faktor penerimaan dan penolakan fatwa. Melalui kajian ini, ia dapat memberi cadangan untuk penambahbaikan pengurusan institusi fatwa terutama dalam menyampai dan menyebarkan fatwa kepada masyarakat.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|