View Article |
Dawabit Fatwa Mengubah Ciptaan Allah yang Diharamkan Menurut Ulama
Mu?ammad Afifi Azahar1, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim2.
Dewasa ini, terdapat banyak rawatan dan alat kecantikan moden yang dihasilkan dan kemungkinan menyebabkan berlakunya pengubahan terhadap ciptaan Allah SWT. Mengubah ciptaan Allah SWT merupakan perbuatan yang diharamkan dalam agama menerusi al-Quran dan hadith. Rasulullah SAW turut menjelaskan bahawa perbuatan ini mendapat laknat daripada Allah SWT. Walau bagaimanapun terdapat perkara yang pada zahirnya mengubah ciptaan Allah, tetapi tidak dihukum haram sebaliknya dihukum wajib, sunat dan harus seperti dalamhal berkhatan, mengerat kuku dan memotong rambut. Para ulama berbeza pendapat dalam menilai punca pengharaman dan maksud sebenar mengubah ciptaan Allah SWT yang dilarang dalam Islam. Oleh itu, matlamat artikel ini adalah mengkaji ḍawābiṭfatwa mengubah ciptaan Allah yang diharamkan menurut ulama. Pengumpulan data kajian kualitatif ini adalah melalui analisis dokumen ke atas kitab-kitab, tesis, dan artikel jurnal. Penganalisisan pula adalah secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa ḍawābiṭini telahberjaya menjelaskan hukum terhadap rawatan-rawatan baharu yang diperkenalkan untuk kosmetik dan kecantikan. Justeru, dengan adanya ḍawābiṭini, dapat menghindarkan masyarakat daripada melakukan perkara yang diharamkan dalam agama tanpa sedar. Kajian ini penting kerana dapat menjelaskan ḍawābiṭyang tepat sebagai rujukan kepada masyarakat pada masa kini yang mana teknologinya berkembang dengan sangat pesat dan canggih.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 24 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|