View Article |
Kesahan dan kebolehpercayaan timbuild instrument bagi program pembentukan pasukan dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Omar Firdaus Mohd Said1, Jaffry Zakaria2, Rozaireen Muszali3, Yusop Ahmad4, Farizul Athir Mohd Ramli5, Abd Rashid Abd Hamid6.
Setiap tahun, program pembentukan pasukan dijalankan di pelbagai sektor kerajaan atau swasta. Di sebalik kekerapan menjalankan program tersebut, adalah penting untuk menilai sejauh mana program ini benar-benar berhasil. Dalam usaha melihat keberhasilan program tersebut, perlu ada satu standard atau instrumen yang disahkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan TimBuild Instrumen, iaitu instrumen penilaian kendiri bagi program pembentukan pasukan dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Lima orang pakar bidang dan dua orang pakar bahasa telah terlibat dalam proses mencari kesahan instrumen yang dibina. Hasil penilaian kesahan menunjukkan nilai kesahan pakar bidang secara keseluruhan adalah .87, manakalabagi kesahan pakar bahasa pula mencatatkan nilai .85. Proses kebolehpercayaan item TimBuild Instrument pula dilaksanakan kepada kumpulan kajian rintis iaitu seramai 40 orang. Hasil analisis pekali Cronbach Alpha(α) mencatatkan nilai r=.85. Hasil kajian ini secara keseluruhan menunjukkan TimBuild Instrumen merupakan instrumen yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, seterusnya boleh digunakan dalam program pembentukan pasukan. Pembangunan TimBuild Instrumen ini sangat signifikan dengan keperluan dan peningkatan prestasi kakitangan universiti selepas pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada hubungan antara kakitangan.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|