View Article |
Analisis keperluan terhadap pembangunan modul pembelajaran berasaskan blended learning topik rekreasi dan kesenggangan murid tingkatan empat dalam pendidikan jasmani
Zahora Ahyan1, Rozaireen Muszali2.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dalam Pendidikan Jasmani Tingkatan Empat. Kajian dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Platform Google Forms digunakan untuk mengedarkan borang soal selidik kajian. Instrumen kajian telah disebar luas secara rawak secara dalam talian melalui aplikasi Telegram dan Whatsapp. Seramai 64 orang guru Pendidikan Jasmani yang mengajar tingkatan empat telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati 92.2% guru menyatakan persetujuan bahawa pendekatan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dapat menarik minat murid. Kajian juga melaporkan 96.9% guru bersetuju dengan penggunaan bahan interaktif dan infografik dapat menarik minat murid. Kesukaran yang dinyatakan oleh guru bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan adalah murid kurang pengetahuan berkaitan permainan tradisional (73.4%), murid kurang pendedahan berkaitan aktiviti perlumbaan berhalangan dan perlumbaan eksplorasi (59.4%), murid tidak memahami arahan lisan berkaitan aktiviti melibatkan rekreasi dan kesenggangan (43.8%), murid sukar untuk mendapatkan gambaran pelaksanaan aktiviti dalam kumpulan (50%) dan murid sukar melakukan aktiviti secara kendiri walaupun sudah diterangkan oleh guru sebelum melaksanakan aktiviti (43.8%). Kajian menunjukkan guru-guru masih menggunakan buku teks dan slide powerpoint presentation sebagai medium pembelajaran utama di dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini membantu penyelidik bagi membangunkan modul pembelajaran berasaskan blended learning yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bahan bantu mengajar bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Affiliation:
- Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 22 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|