View Article |
Tinjauan tahap penerimaan dan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu covid-19 dalam kalangan murid dalam persekitaran sekolah
Mohd Hafiz Mustafa1, Azali Rahmat2.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penerimaan dan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam kalangan murid sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Selain itu,hubungan antara penerimaan murid dengan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam persekitaran sekolah juga turut dikaji. Seramai 310 orang murid yang terdiri daripada 103 orang murid lelaki (33.2 %) dan 207 orang murid perempuan (66.8%) telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang mengandungi 31 item telah digunakan sebagai alat pengumpulan data. Data telah dianalisis menggunakan statistik Paket Sains Sosial (SPSS) Versi 27.0.Analisis statistik deskriptif (analisis kekerapan, peratusan, min dan sisihanpiawai) dan statistik inferensi (analisis korelasi dan analisis regresi) telah digunakan dalam kajian ini.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan dan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam persekitaran sekolah berada pada tahap tinggi iaitu masing-masingnya adalah M=4.429, SP=.612 dan M=4.573, SP=.559. Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat dan signifikan antara penerimaan murid dengan keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu COVID-19 dalam persekitaran sekolah (r=.685, p=.000). Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini telah berjaya memperoleh hasil yang positif dimana murid dapat mengadaptasi dan menerima norma baharu yang telah diaplikasikan dengan sangat baik serta memperlihatkan keyakinankepada keberkesanan perlaksanaan SOP norma baharu yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dijangka mampu menyumbang fakta dan pendekatan ilmiah bagi rujukan pihak pengurusan sekolah serta pihak kerajaan untuk menambahbaik atau membangunkan sebarang prosedur pencegahan wabak pada masa akan datang yang lebih strategik, dinamik dan mampan bagi memudahkan pihak sekolah dalam melaksanakannya tanpa mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran serta mampu mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan selesa kepada murid.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 23 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|