Keutamaan Bercucuk Tanam dan Kedaulatan Makanan: Analisis terhadap kitab al-Barakah fī Faḍl al-Saʿy wa al-Ḥarakah karangan Shaykh Muḥammad Al-Ḥubayshī
Rizky Febrian1, Sarif Hidayatullah2.
Tujuan utama artikel ini adalah untuk menunjukkan beberapa aspek penting dalam pertanian sebagai satu usaha fardu kifayah ke arah kedaulatan makanan seperti yang difahami daripada kitab al-Barakah fī Faḍl al-Saʿy wa al-Ḥarakah yang ditulis oleh Syeikh Muḥammad al-Ḥubayshī (w. 782 H). Artikel ini bermula dengan perbincangan latar belakang kajian, pengarang dan karya itu sendiri. Artikel ini juga menghuraikan kepentingan kerjakerja pertanian dan seruan untuk bercucuk tanam berdasarkan al-Quran dan sunah kenabian. Di samping itu, artikel ini turut membentangkan beberapa pengajaran berharga daripada kitab berkenaan hakikat pekerjaan, bercucuk tanam dan harta dunia.
Affiliation:
- Institut Jawharuna, Indonesia
- Akademi Halaqah Muamalah, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 27 time(s))