Peranan gaya kepimpinan dan amalan perakaunan pengurusan ke atas prestasi koperasi di Semenanjung Malaysia
Julizah Sabstu1, Amizawati Mohd Amir2.
Perubahan persekitaran perniagaan yang pesat mendorong sektor koperasi melaksanakan
transformasi dengan usaha meningkatkan prestasi dan ia menjadi keutamaan selari dengan
peranannya sebagai sektor ketiga dalam ekonomi negara. Prestasi koperasi perlu ditingkatkan
dengan lebih baik melalui penekanan strategi dalaman yang cekap daripada ALK dan pihak
pengurusan bukan sahaja memberikan kebaikan kepada koperasi seperti menjana pertumbuhan
koperasi namun ia juga dapat meningkatkan sumber pendapatan dan pertumbuhan ekonomi
negara. Oleh itu dengan berpandukan teori (teori berasaskan sumber), objektif kajian adalah
mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan ALK atau pihak pengurusan melalui transformasi
dan transaksi dengan amalan perakaunan pengurusan (MAPs) serta MAPs dengan prestasi
koperasi. Data diperoleh menerusi soal selidik yang dihantar kepada 190 buah koperasi melalui
ALK dan pengurusan koperasi. Kadar respon sebanyak 76.8% iaitu sebanyak 146 soal selidik
yang telah diisi dan dikembalikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara
gaya kepimpinan transformasi dan MAPs serta MAPs dan prestasi koperasi. Namun, bagi gaya
kepimpinan transaksi ia berhubung secara negatif dengan MAPs. Penemuan kajian mampu
dijadikan input kepada agensi kerajaan khususnya koperasi dalam memantapkan amalan tadbir
urus melalui amalan perakaunan pengurusan.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
Toggle translation
Fulltext is not available. Please contact the
Editor Manager to get the fulltext