Faktor daya tahan perniagaan koperasi di Sarawak
Hamizah Mohd Nadzir1, Yusman Yacob2, Syarifah Rohaya Wan Idris3, Nur Fatin Syazwani Ahmad4, Dayang Adelina Abang Muan5.
Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti faktor-faktor daya tahan perniagaan koperasi mikro
di negeri Sarawak menggunakan kaedah kualitatif. Sebanyak 22 buah koperasi mikro yang berusia
lebih lima tahun di seluruh negeri Sarawak melibatkan keseluruhan sembilan fungsi perniagaan
telah dipilih sebagai peserta dalam kajian ini. Pemilihan sampel adalah menggunakan kaedah
persampelan bertujuan dengan menggunakan instrumen temu bual melibatkan 22 responden.
Data dianalisis menggunakan kaedah tematik yang merangkumi tiga tahap pengekodan iaitu
pengekodan terbuka, berpaksi dan terpilih. Melalui proses temu bual bersemuka yang telah
dijalankan menggunakan soalan protokol yang dibangunkan oleh penyelidik serta penterjemahan
data yang diperoleh, sebanyak tiga faktor daya tahan perniagaan dalam kalangan koperasi
mikro di Sarawak telah dikenal pasti iaitu faktor pengurusan sumber, ciri-ciri berkoperasi, dan
persekitaran perniagaan. Hasil dapatan kajian telah menyumbang kepada perkembangan teoretikal dan praktikal khususnya pembangunan koperasi mikro di Malaysia.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 8 time(s))