Amalan terbaik koperasi dalam sektor pemborongan dan peruncitan kajian kes: Saigon Co.op, Vietnam dan NTUC Fairprice, Singapura
Haslinda Sujak1.
Perolehan koperasi sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia adalah kecil berbanding
pertumbuhan keseluruhan sektor tersebut di Malaysia yang rancak membangun. Ini bermakna
terdapat peluang bagi prestasi koperasi sektor ini dipertingkatkan. Pencapaian yang menyeluruh
mencakupi matlamat sosioekonomi anggota koperasi seperti yang berkesan di koperasi peruncitan
negara lain penting dijadikan tauladan. Oleh sebab itu, analisis ini dijalankan untuk mengenal
pasti amalan terbaik aktiviti peruncitan koperasi Saigon Co.op di Vietnam dan NTUC FairPrice
di Singapura. Perbincangan artikel ini adalah berdasarkan kajian kes dua buah koperasi tersebut
melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Seterusnya, analisis deskriptif dan analisis merentasi kes dilakukan. Ia adalah berdasarkan dua perspektif besar iaitu pentadbiran dan perniagaan koperasi. Hasil analisis mendapati strategi kepelbagaian premis mengikut segmen pelanggan dan lokasi menjadikan aktiviti peruncitan koperasi sentiasa relevan. Signifikan sumbangan artikel ini secara teoritikalnya telah membuktikan konsep gabungan koperasi mampu memperkasa gerakan tersebut. Namun, dari sudut praktikalnya untuk diaplikasi di Malaysia
bergantung kepada kemampuan dan persekitaran perniagaan federasi sektor pemborongan dan
peruncitan yang telah dibangunkan oleh gerakan koperasi negara ini.
Affiliation:
- Institut Koperasi Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))