View Article |
Pemikiran Visual Daripada Permainan Tradisional Kanak-Kanak Menerusi Konsep Sosial Budaya
Rushana Sulaiman @ Abd Rahim1, Siti Safura Zahari2, Nur Fatiyah Roslan3, Mohd Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi4, Azman Ismail5, Ahmad Noor Rashidi Mohd Salleh6, Md Hafizullah Saad7.
Kertas kerja ini bertujuan membahaskan hasil pemikiran visual daripada permainan kanak-kanak berdasarkan kaedah pembuatan dan penggunaan bahan menerusi konsep sistem sosial budaya. Tujuan utama kajian adalah mengenal pasti jenis-jenis permainan tradisional kanak-kanak sebagai warisan budaya yang perlu didokumentasikan. Meneroka hubung kait antara aspek formalistik seni dan sosial budaya menerusi reka bentuk pembuatan permainan tradisional kanak-kanak pada era 80 atau 90 an. Kebanyakan kanak-kanak zaman dahulu mengaplikasikan permainan tradisional menggunakan seni pembuatan berdasarkan objek sekeliling mereka. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat pola tingkah laku, persekitaran, nilai dan keperluan bagi membentuk ekspresi daripada pemikiran visual pemain menerusi sistem sosial budaya. Metodologi pengumpulan data bertulis dan visual dalam kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif deskriptif yang melibatkan reka bentuk kajian kes yang berasaskan kepada kerja lapangan secara empirikal data yang diperoleh. Kaedah dokumentasi, rakaman visual dan pemerhatian digunakan untuk pengumpulan maklumat berkenaan kajian yang dikaji. Data-data dianalisis menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan kanak-kanak sangat terkait dengan proses pembentukan nilai menerusi pemikiran visual yang diperoleh secara informal. Proses ini berlaku menerusi penghasilan reka bentuk permainan menggunakan alatan dan bahan yang didapati di persekitaran, kaedah permainan dan kreativiti dalam teknik pembuatan. Ianya dilihat menerusi tingkah laku, persekitaran, keperluan dan nilai yang diperoleh oleh para pemain yang terlibat. Implikasi daripada kajian menunjukkan permainan tradisional yang dihayati dari sudut apresiasi seni juga boleh dilihat menerusi sosial budaya, bukan sahaja boleh dilihat daripada sudut formalistik seni sahaja. Permainan tradisional dapat memberi impak yang positif terhadap pembinaan konsep kendiri generasi baru berdasarkan kemahiran sosial dalam kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 11 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|