View Article |
Bangau Perahu: Identiti Malaysia Dalam Rekabentuk Barang Kemas
Nur Syafinaz Mohd Anuar1, Mohd Zamani Daud2, Muhammad Faiz Iskandah3, Hamdan Lias4, Nik Nur Hafizah Ma Hassan5.
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi dan kepentingan identiti Malaysia dalam idea generasi dari perspektif baharu bagi reka bentuk barang kemas kontemporari. Matlamat utama adalah untuk membantu penyelidik mengenal dan menghargai identiti kebangsaan (Bangau Perahu) agar dapat diterjemahkan ke dalam rekaan barang kemas dengan lebih kreatif dan inovatif khususnya kontemporari keronsang. Kaedah yang digunakan adalah Double Diamond dari British Design Council bermula tahun 2005. Model ini dilihat amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam kajian ini. Proses ini mempunyai empat fasa utama iaitu: 1) Mencari 2) Menentukan, 3) Membangunkan dan 4) Menyampaikan. Maklum balas diperolehi melalui soalan kaji selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian utama: Bahagian A: Tahap kriteria penilaian terhadap rekabentuk dan Bahagian B: Tahap kriteria penilaian terhadap produk. Hasil kajian berkaitan rekaan mendapati 4 indikator dipilih sebagai sangat setuju manakala kriteria terhadap produk, didapati purata memilih 3 indikator sebagai sangat penting. Walaubagaimanapun semua berpendapat telesis wujud dengan jelas dalam rekaan ini. Produk ini sesuai untuk dikomersialkan, namun perlu beberapa penambahbaikan.
Affiliation:
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia, Malaysia
- Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Malaysia, Malaysia
- The Bench Studio, Machang, Kelantan, MALAYSIA, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|