Pemerkasaan pelaksanaan sulh dalam kes-kes hartanah melalui pemakaian arahan amalan di Mahkamah Syariah di Malaysia
Wan Azimin Wan Adnan1, Ahmad Hidayat Buang2, Zubaidi Sulaiman3.
Pemakaian Arahan Amalan membantu pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah pada penyediaan proses kerja bermula daripada pendaftaran kes hingga perintah penghakiman persetujuan dikeluarkan. Kajian ini meneliti kedudukan dan pemakaian Arahan Amalan dalam pelaksanaan sulhdalam kes-kes hartanah di Mahkamah Syariah. Data kajian ini terdiri daripada sumber primer seperti statut, Arahan-Arahan Amalan, penghakiman kes-kes, temubual dan sumber sekunder seperti penulisan di dalam artikel jurnal dan buku. Analisis kandungan secara deskriptif digunakan bagi menganalisis data-data yang telah dikumpulkan. Kajian ini mendapati pemakaian Arahan Amalan menyediakan garis panduan kepada pegawai sulh dan hakim syarie menjalankan tugas mereka secara berkesan. Namun melalui analisis penghakiman kes yang diputuskan, Arahan Amalan ke arah pemerkasaan pelaksanaan sulh khususnya dalam penyelesaian kes hartanah masih perlu ditambah baik dalam mendepani cabaran semasa, isu perundangan dan pentadbiran. Implikasi kajian ini dapat memantapkan aspek proses penghakiman dan pengurusan kes dalam Mahkamah Syariah di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Malaya., Malaysia
- Universiti Malaya., Malaysia
- Universiti Malaya., Malaysia
Toggle translation