View Article |
Keberkesanan strategi pengajaran timbal balik terhadap kemahiran dan minat membaca teks sastera dalam kalangan pelajar elektif sastera di sekolah menengah
Sylvester Jua1, Norazimah Zakaria2.
Pelajar elektif Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) didapati kurang kemahiran dan minat membaca teks sastera. Objektif kajian ini ialah mengkaji keberkesanan penggunaan Strategi Pengajaran Timbal Balik dalam memupuk kemahiran dan minat membaca teks sastera dalam kalangan pelajar elektif Sastera di sekolah menengah dan mengenal pasti tahap kemahiran serta minat membaca teks sastera pelajar elektif Kesusasteraan Melayu. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah penyelidikan secara kualitatif dan memfokuskan kepada kajian tindakan. Kajian ini mengetengahkan beberapa kaedah, iaitu temu bual berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Kajian ini melibatkan temu bual berstruktur dan pemerhatian terhadap dua orang guru KMK dan 20 orang pelajar KMK yang terdiri daripada tingkatan empat dan lima di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Sri Aman, Sarawak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar elektif KMK di sekolah menengah tidak berminat untuk membaca teks sastera dan tidak mempunyai kemahiran membaca teks sastera dengan betul. Strategi Pengajaran Timbal Balik didapati membantu pelajar elektif KMK dalam memahami teks yang dibaca. Selain itu, informan juga menyatakan bahawa kaedah pembelajaran secara koperatif yang mengaplikasikan Strategi Pengajaran Timbal Balik membantu pelajar memahami teks sastera yang dipelajari. Implikasi kajian ini ialah Strategi Pengajaran Timbal Balik dapat meningkatkan minat membaca teks sastera dalam kalangan pelajar elektif KMK di sekolah. Oleh itu, penggunaan Strategi Pengajaran Timbal Balik harus diperluaskan bagi memupuk budaya membaca pelajar bukan sahaja untuk mata pelajaran KMK bahkan mata Pelajaran yang lain.
Affiliation:
- Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
- Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|