View Article |
Ekstremisme ganas dan semakan kehakiman dalam kes-kes berkaitan dengannya dari perspektif undang-undang tahanan pencegahan Malaysia
Govindaraju, P1, Rahman, M.R.A2, Ismail, S.M3.
Resolusi 2178 (2014) dan Pelan Tindakan Mencegah Ekstremisme Ganas (Pelan Tindakan) pada peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyeru negara-negara anggota untuk membentuk satu pelan tindakan negara yang merangkumi langkah-langkah berkesan dalam mencegah ekstremisme ganas. Dari perspektif undang-undang, setiap negara dikehendaki untuk memastikan kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia tidak terjejas oleh lanjutan daripada penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Semakan kehakiman dilihat sebagai salah satu perkara asas kepada pentadbiran yang baik dalam menjamin kedaulatan undang-undang. Secara lazimnya, undang-undang tahanan pencegahan menjadi pilihan utama badan eksekutif untuk menahan seseorang yang dipercayai ada hubung kait atau terlibat dalam perbuatan yang menjejaskan keselamatan negara. Undang-undang tersebut juga digunakan untuk mencegah ekstremis ganas yang berpotensi mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. Lantaran itu, artikel ini bertujuan menganalisis sejauh manakah undang-undang tahanan pencegahan Malaysia sesuai dalam menangani ekstremisme ganas dan semakan kehakiman diberikan ruang dalam kes-kes berkaitan. Untuk tujuan tersebut, kaedah kualitatif digunakan dan kajian perpustakaan secara doktrin dilakukan untuk mengumpul data serta maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa hak orang tahanan dan peranan mahkamah untuk membuat semakan kehakiman dalam kes-kes ekstremisme ganas adalah terhad di bawah undang-undang pencegahan tahanan Malaysia. Justeru, penulis mencadangkan supaya orang tahanan dan badan kehakiman diberikan kebebasan sepenuhnya untuk membuat semakan kehakiman bagi kes-kes ekstremisme ganas. Di samping itu, perlu ada kajian lanjut bagi membandingkan pendekatan semakan kehakiman di negara-negara lain dalam kes-kes ekstremisme ganas untuk dijadikan panduan agar peruntukan dalam undang-undang tahanan pencegahan Malaysia dapat dipinda atau diperbaiki demi menegakkan kedaulatan undang-undang.
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia. , Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia. , Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia. , Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.2) |
Rank |
Q4 (Law) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
SJR (0.164) |
|
|
|