View Article |
Sejarah awal kerajaan Melayu di Jambi
Amri Marzali1.
Kajian berkaitan sejarah awal bagi sesebuah kerajaan sukar kurang dijalankan kerana kekurangan
sumber dan bukti. Objektif kajian ini ialah mengkaji asal-usul dan lokasi awal Kerajaan Melayu. Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan dua pendekatan, iaitu etnohistori (ethnohistory) dan perbandingan terkawal (controlled comparison). Etnohistori merupakan kajian tentang orang asli (native) dari sudut kombinasi pendekatan historis dengan antropologi, dengan menggunakan pelbagai sumber seperti sastera lisan, manuskrip, etnolinguistik, prasasti atau inskripsi laporan perjalanan, catatan Kerajaan asing, kultur material, peta, ekologi dan laporan kajian etnografi. Perbandingan terkawal pula ialah membandingkan sejarah dua atau tiga institusi sosial untuk mendapatkan ciri-ciri am daripada institusi-institusi berkenaan. Salah satu sumber awal yang digunakan dalam Makalah ini ialah perenggan Kisah Bermula di Bukit Si Guntang dalam manuskrip klasik Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Isi daripada naskhah ini dibandingkan dengan isi daripada salah satu inskripsi Yupa yang dijumpai di Kalimantan Timur. Penggunaan laporan etnografi dapat menjelaskan konsep sosiopolitik, iaitu proses indianisasi. Proses indianisasi merupakan satu proses sosiopolitik yang telah berlaku di lokasi kelahiran kerajaan Melayu dan Kutai Mulawarman yang bermula dengan kedatangan Musafir bangsawan dari India Selatan, perkahwinan ketua musafir India dengan anak perempuan pemimpin tempatan. Dapatan
kajian ini menyimpulkan bahawa kemunculan kerajaan Melayu di Jambi dan kerajaan Kutai Mulawarman di Kalimantan Timur diperoleh apabila perbandingan antara kedua sumber ini dilakukan. Implikasi kajian ini ialah asal-usul dan lokasi awal kerajaan Melayu tidak tetap di sebuah lokasi sahaja tetapi berpindah ke beberapa lokasi atas pelbagai faktor.
Affiliation:
- Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Indonesia , Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 33 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|