View Article |
Bahasa kebangsaan dalam situasi komunikasi harian: Kajian tinjauan terhadap pelajar melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia
Amirul Mukminin Mohamad1, Sofia Ayup2, Noorhazila Mohamad Hamid3, Zuraini Mohaidin4.
Kewujudan variasi media sosial serta pendedahan keterlaluan kepada bentuk bahasa dan budaya luar menyebabkan ramai dalam kalangan pelajar Melayu di Malaysia yang tidak lagi memberatkan Bahasa kebangsaan, malahan mempamer kemahiran penggunaan bahasa kebangsaan yang lemah. Kajian ini bertujuan untuk melihat kekerapan penggunaan bahasa kebangsaan dalam situasi Komunikasi harian oleh pelajar berbangsa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia, daripada aspek Komunikasi tidak rasmi bersama keluarga dan masyarakat sekeliling serta komunikasi untuk urusan di lokasi tertentu. Kajian tinjauan berbentuk campuran ini melibatkan seramai 261 orang pelajar prasiswazah Melayu di UKM dari pelbagai fakulti serta disiplin ilmu. Kutipan data dilakukan melalui borang soal selidik dalam talian iaitu Google Form serta temu bual separa berstruktur. Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif secara peratusan manakala data kualitatif dianalisis melalui kaedah analisis tematik dan kandungan. Skala likert lima mata bagi nilai kekerapan tersebut ditandai sebagai “Setiap Masa”,
“Kerap”, “Kadang-Kadang”, “Jarang” dan “Tidak Pernah”. Hasil analisis menunjukkan catatan peratusan di bawah 70% bagi skala penggunaan bahasa kebangsaan pada “Setiap Masa” untuk situasi Bersama kawan-kawan (63.6%), ketika berjumpa orang baharu atau tidak dikenali (54.4%), ketika urusan membelibelah di pusat beli-belah (57.9%) dan ketika berbual bersama rakan-rakan sekuliah (65.9%). Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa alternatif yang menjadi kecenderungan untuk digunakan sama ada dalam situasi bersama orang sekeliling mahupun berurusan di lokasi tertentu. Hasil kajian ini diharap berupaya untuk menyumbang kepada perancangan program, kursus dan Langkah bersesuaian dalam menyemai serta menyemarakkan penggunaan dan rasa cinta kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar di Malaysia. Selain pelajar Melayu, kajian serupa yang difokuskan kepada pelajar bukan Melayu merupakan satu perancangan kajian akan datang untuk melihat skop ini dari perspektif yang berbeza.
Affiliation:
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
- , Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia , Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 32 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
4 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|