Kajian Tafsir Tematik di Malaysia: Sorotan Literatur Tahun 2019 sehingga 2023
Najihah Nasir1, Haziyah Hussin2, Mohd Nazri Ahmad3, Mu’ammar Zayn Qadafy4.
Tafsir tematik merupakan satu pendekatan tafsir yang digunakan bagi mentafsirkan al-Quran secara bertema dengan mengumpulkan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan tema yang dikaji. Pendekatan tafsir ini mendapat tempat dalam kalangan sarjana tafsir. Hal ini kerana pendekatan tafsir tematik mempunyai dimensi metodologi dan kelebihan yang tersendiri dalam membahaskan kandungan al-Quran. Selain itu, tafsir tematik adalah satu metode pentafsiran kontemporari dan mampu mengangkat al-Quran sebagai rujukan masyarakat moden. Walau bagaimanapun, kurang kajian yang melakukan sorotan literatur mengenai kajian tafsir tematik ini. Tujuan artikel ini adalah untuk menyoroti literatur kajian lepas yang berkaitan dengan kajian tafsir tematik di Malaysia. Sumber pencarian artikel adalah daripada pangkalan data Web of Science (WoS), Scopus dan Google Scholar dari tahun 2019 sehingga tahun 2023. Data yang dikumpulkan disaring mengikut tahun terbitan, jenis bahan iaitu artikel dan kajian khusus di Malaysia. Dapatan kajian mendapati empat tema kajian tafsir tematik di Malaysia iaitu definisi tafsir tematik, sejarah dan perkembangannya, jenis dan metode serta aplikasi metodenya dalam kajian al-Quran
Affiliation:
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- Universitas Islam Negeri, UIN Sunan Kalijaga, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))