View Article |
Isu dan Cabaran dalam Pengurusan Program Bantuan Modal Zakat untuk Usahawan Asnaf
Ibrahim Afiqah Zuhairah1, Roshaiza Taha2, Mimi Aizreen Hamzah3, Zalailah Salleh4, Norsiah Ahmad5, Riswadi Azmi6, Musa Hamisu Gambo7.
Program bantuan modal zakat (PBMZ) merupakan salah satu kaedah pengagihan wang zakat dengan objektif untuk meningkatkan kualiti hidup penerima. Ia merupakan bantuan modal yang diberikan tanpa penerima perlu membayar balik wang yang diperolehi. Walaupun program ini memberi manfaat yang besar kepada penerima, jumlah permohonan bantuan zakat di bawah kategori bantuan modal adalah lebih rendah berbanding dengan permohonan bantuan tunai. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu dan cabaran program bantuan modal zakat dari perspektif pegawai zakat dan penerima bantuan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan instrumen temu bual berstruktur di mana penyelidik bertemu dengan peserta kajian. Berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan bersama pegawai zakat dan penerima yang terpilih, didapati sikap, pengetahuan mengenai rekod kewangan dan struktur PBMZ sendiri adalah antara faktor penentu kejayaan dan kegagalan program. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati PBMZ mempunyai keupayaan untuk membantu golongan asnaf. Namun begitu, terdapat ruang untuk penambahbaikan untuk menghasilkan impak yang lebih mendalam daripada inisiatif ini. Diharap perbincangan yang diberikan dalam kajian ini dapat memberi sedikit gambaran tentang penambahbaikan bagi pelaksanaan PBMZ dalam membantu untuk melahirkan lebih ramai usahawan Muslim yang berjaya.
Affiliation:
- Faculty of Business, Economics and Social Development, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, Malaysia

- Faculty of Business and Management Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Malaysia, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Malaysia
- Aminu Kano College of Islamic and Legal Studies, Kano, B.U.K Road, Kano P.O Box 6032, Kano, Nigeria, Nigeria
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 26 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|