View Article |
Pendekatan Kinayah dalam Komunikasi Rasulullah SAW
Mohamad Hussin1, Haji Mohammad Seman2, Mat Taib Pa3, Ahmad Arifin Sapar4, Syakirah Rifa'in @ Mohd Rifain5, Yoyo Yoyo6.
Kinayah merupakan satu bentuk bahasa kiasan. Melaluinya penutur mampu menyampaikan makna secara berkesan untuk mendekatkan pemahaman pendengar terhadap sesuatu idea yang dihasratkan. Rasulullah SAW menggunakan pendekatan ini untuk menyampaikan sesuatu idea. Kajian yang mengaplikasi model SPEAKING Hymes ini bertujuan untuk meneliti konteks penggunaan elemen Kinayah dalam komunikasi Rasulullah SAW. Bahan kajian merupakan empat hadis pilihan yang terdapat dalam kitab-kitab himpunan amthÄl Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menggunakan Kinayah dalam konteks yang berbagai dengan tujuan yang berbagai juga. Baginda SAW menggunakannya dengan pengemudi unta dalam konteks memberi arahan, dengan para sahabat dalam kontek menyampaikan bimibngan agama dan dengan orang yang berpengaruh dalam konteks memberi wasiat. Ungkapan ringkas yang diterapkan berfungsi menyumbang makna yang lebih luas serta membantu penutur mengelak daripada menyebut ungkapan yang kurang enak daripada disebut secara terus. Implikasi kajian ini merumuskan peri pentingnya golongan yang menceburi bidang berkaitan hadis Rasulullah SAW menguasai elemen gaya bahasa implisit untuk lebih menguasai maksud kata sabdaan Baginda SAW.
Affiliation:
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, Malaysia
- Universitas Ahmad Dahlan, Yogyakarta, Indonesia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 25 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|