View Article |
Asal Usul dan Peranan Tradisi Bertatu dalam Budaya Masyarakat Iban
Mohammad Sufiyan Ali Osman1, Adilawati Asri2, Noria Tugang3.
Penyelidikan ini menjelaskan tentang asal usul dan tujuan tradisi bertatu yang dilakukan dalam budaya masyarakat Iban di Sarawak. Tradisi bertatu merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Iban yang dianggap suci kerana dipercayai dapat menghubungkan jiwa masyarakat Iban kepada petara (tuhan) mereka. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini. Data yang diperoleh menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian turut serta dan temu bual dengan informan yang mempunyai kepakaran dalam tradisi tatu. Penyelidik mendapati bahawa setiap motif tatu masyarakat Iban mempunyai makna dan fungsi yang tersendiri kepada golongan individu yang memilikinya. Dalam kepercayaan warisan masyarakat Iban, tatu dipercayai merupakan simbol yang melambangkan anugerah daripada petarakepada sesuatu pencapaian ataupun kejayaan yang dikecapi oleh masyarakat Iban dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, tradisi bertatu ini dilihat sebagai satu tradisi budaya yang bersifat sakral dan mistik dalam budaya masyarakat Iban. Pada zaman dahulu, masyarakat Iban tinggal di persekitaran alam semula jadi yang terdapat di kepulauan Borneo. Bagi masyarakat Iban, alam semula jadi dijadikan sebagai sumber idea dan inspirasi untuk menghasilkan motif tatu. Perkara ini memperlihatkan bahawa masyarakat Iban dan alam semula jadi mempunyai hubungan yang rapat dan saling memerlukan antara satu sama lain. Fenomena ini memperlihatkan bahawa masyarakat Iban amat menghargai alam semula jadi yang dijadikan sebagai idea utama dalam membentuk tradisi budaya mereka. Melalui alam semula jadi, masyarakat Iban menghasilkan tradisi bertatu yang menggambarkan sifat dan perwatakan diri seseorang tersebut mempunyai ciri-ciri yang mirip dengan hidupan alam semula jadi yang terdapat di persekitaran komuniti mereka. Masyarakat Iban percaya bahawa petara (tuhan) menciptakan alam semula jadi sebagai sumber rezeki dan penempatan bagi masyarakat Iban. Fenomena ini memperlihatkan bahawa kewujudan alam semula jadi merupakan wadah bagi masyarakat Iban untuk menghasilkan tradisi bertatu bagi menzahirkan kepercayaan mereka terhadap petara dan kuasa-kuasa luar biasa.
Affiliation:
- Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia, Malaysia
- Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|