View Article |
PPelancongan Naratif: Kajian Potensi Cerita Rakyat sebagai Sumber Pelancongan di Perak dan Sarawak
Mohamed Nazreen Shahul Hamid1, Nadiatul Shakinah Abdul Rahman2, Rohaya Md. Ali3.
Pada masa kini industri pelancongan dilihat semakin berkembang dengan pelancongan budaya memainkan peranan tersendiri dalam menjana pendapatan sesebuah negara. Amalan pengunjung melancong ke lokasi tertentu untuk merasai dan mempelajari perbezaan budaya dikenali sebagai pelancongan budaya. Dalam pelancongan budaya, pengalaman naratif merupakan komponen penting bagi pelancong untuk menghargai tarikan utama, oleh itu, menjadikannya pelancongan naratif. Di Malaysia, pelancongan naratif masih kurang dikomersialkan, dan terdapat kajian yang terhad dalam bidang ini. Oleh itu, makalah ini membincangkan bagaimana pelancongan naratif boleh diterokai di dua destinasi pelancongan di Malaysia, iaitu Pulau Pangkor di Perak dan Gunung Santubong di Sarawak. Penelitian telah membuktikan bahawa tiada usaha membina untuk mengiktiraf naratif sebagai sumber pelancongan untuk Pulau Pangkor, khususnya, kisah pahlawan, Din Ketolok, dan beberapa monumen lain yang dipercayai membayangkan makna dan peristiwa tersendiri. Berbanding dengan Gunung Santubong, lokasi tersebut sudah pun mempunyai naratif yang signifikan dengan kisah pertempuran antara Puteri Santubong dengan Sejinjang, yang akhirnya disumpah oleh Raja untuk menjadi gunung. Walau bagaimanapun, perjalanan hutan ke puncak gunung bukanlah laluan budaya dan hal ini mungkin akan mengecewakan pelancong yang berminat dengan laluan budaya. Namun, dengan ikhtiar dan usaha, boleh membuatkan laluan tersebut menjadi lebih luas diterokai dan menarik sebagai destinasi pelancongan naratif. Kajian ini menunjukkan bagaimana cerita boleh menjadikan kedua-dua lokasi destinasi tersebut sesuai untuk pelancongan naratif berkembang dalam pelancongan budaya, dan sewajarnyalah pelancongan naratif diberikan perhatian khusus oleh pihak berkuasa industri pelancongan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia,06010 Sintok,Kedah, Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia,06010 Sintok,Kedah, Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia,06010 Sintok,Kedah, Malaysia, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 15 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|