View Article |
Kamus Dewan Perdana: Persoalan dan Penjelasan
Hasmidar Hassan1.
Kamus Dewan Perdana (KDP) (2021) merupakan kamus berbahasa Melayu yang pertama di dunia yang memanfaatkan data korpus dan laman sesawang sebagai sumber data. Data raya daripada pelbagai sumber ini membolehkan pelbagai data diperoleh dan dirakamkan dalam sistem. Berdasarkan entri atau masukan kata dan makna kamus yang diberikan, ternyata penggunaan kamus ini menuntut pengetahuan latar belakang yang baik tentang bahasa Melayu dan aspek tatabahasa dan hal ini bukanlah semudah yang disangkakan. Makalah ini mengetengahkan beberapa isu morfologi (pengimbuhan, makna imbuhan dan golongan kata) yang kelihatan menuntut penjelasan lanjut dan perlu dirungkaikan berdasarkan beberapa entri terpilih yang terdapat dalam KDP (2021). Bagi menjelaskan kekeliruan ini, kajian ini turut memanfaatkan sumber rujukan utama KDP, iaitu Kamus DewanEdisi Keempat (2016) dan sumber rujukan utama bagi kelas kata seperti yang tersebut pada halaman xvii. Sekiranya kekeliruan ini tidak dirungkai, kesannya terhadap pengguna khususnya para pelajar, para pendidik, mahasiswa di institusi pengajian tinggi dan orang awam amat besar. Oleh itu, untuk memastikan bahasa Melayu terus mampan dan martabat bahasa Melayu terus diangkat dan dijulang, KDP (2021) harus membuktikan kewibawaannya sebagai rujukan yang sahih dan diperakui para pengguna amnya dan tidak terhad kepada pengguna yang mempunyai latar belakang linguistik bahasa Melayu atau penguasaan bahasa Melayu yang tinggi sahaja. Beberapa isu yang timbul dalam KDP (2021) dan penjelasan yang diberikan di sini diharapkan dapat dirujuk oleh pembaca amnya dan memahami sifat Kamus Dewan Perdana sebagai perakam kosa kata bahasa Melayu dan bukannya sumber rujukan bagi aspek tatabahasa.
Affiliation:
- Universiti Brunei Darussalam, Brunei
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 38 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|