View Article |
Isu Bahasa Melayu di Johor dalam Akhbar Lembaga Malaya sebelum Perang Dunia Kedua
Siti Zahrah Mahfood1, Nurulasyikin Hassan2.
Penulisan ini membincangkan isu bahasa Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dengan meletakkan fokus kepada Lembaga Malaya. Sebagai sebuah akhbar yang banyak melontarkan gagasan dan pandangan terhadap isu bahasa Melayu, penerbitnya berasa bertanggungjawab untuk menyeru masyarakat tempatan supaya mengangkat semula martabat kedudukan bahasa ini setelah wujudnya bahasa asing yang dibawa oleh pihak kolonial sehingga menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Perkembangan bahasa Melayu sebelum kedatangan kolonial British diberikan tumpuan pada awal perbincangan sebelum perbincangan difokuskan secara menyeluruh tentang perjuangan Lembaga Malaya dalam usahanya mengangkat semula bahasa Melayu. Penulisan ini menggunakan kaedah analisis deskriptif terhadap akhbar Lembaga Malaya dandisokong oleh sumber lain, terutamanya sumber pertama dan sumber kedua. Beberapa data statistik tentang topik tertentu juga turut dimasukkan. Skop masa dan tempat perbincangan topik hanya meliputi peristiwa dan perkembangan dari kurun ke-20 sehingga sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua. Zaman tersebut memperlihatkan pertumbuhan yang ketara dalam bidang penulisan dan penerbitan akhbar dan majalah dalam kalangan masyarakat tempatan Johor. Berbekalkan matlamat tersendiri dan tumpuan terhadap negeri Johor, iaitu tempat lahirnya penerbitan akhbar Lembaga Malaya, makalah ini memuatkan dasar dan langkah yang dirancang oleh pihak British untuk menghakis kedudukan bahasa Melayu di Malaya. Makalah ini juga memperihalkan seruan dan laungan untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu di Johor dan seterusnya meneliti perjuangan Lembaga Malaya dalam isu berkaitan dengan bahasa Melayu. Penulisan ini juga memberikan gambaran tentang peranan Lembaga Malaya untuk mempertahankan dan memartabatkan bahasa Melayu sehingga memperlihatkan hasilnya.
Affiliation:
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak,, Malaysia
- Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak,, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 21 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|