View Article |
Model reruang magnitud kecerahan langit di Balai Cerap KUSZA, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Roslan Umar1, Muhammad Arif Imran Ahmad Azan2, Nor Hazmin Sabri3, Norhayati Ngah4, Ahmad Najmuddin Zulkeflee5, Ahmad Ezzuddin Mohamad6, Ahmad Solihin Sira Juddin7, Abdullahi, Musa Garba8, Nik Ahmad Firdaus Nik Wan9, Nor Aida Mahiddin10, Mohd Khairul Amri Kamarudin11, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi12, Hoe, Loh Ing13, Chong, Ju Lian14, Ahmad Lutfi Afifi Mohd Nasir15, Ahmad Hariz Bely16, Ahmad Syazni Kamarudin17.
Magnitud kecerahan langit merupakan antara aspek penting dalam bidang astronomi, terutama bagi cerapan astronomi optik yang memerlukan keadaan langit yang sangat gelap. Di Malaysia, terdapat banyak balai cerap rasmi dan persendirian yang digunakan bagi tujuan tersebut. Laporan kajian ini membincangkan berkenaan model taburan ruang (model reruang) bagi mendapatkan gambaran penuh magnitud kecerahan langit di sekitar Balai Cerap KUSZA (BCK) yang terletak di Kampung Merang, Setiu Terengganu. BCK dipilih dalam kajian ini kerana ia bukan sahaja merupakan lokasi rasmi bagi kerja-kerja pencerapan rukyah anak bulan baharu untuk penetapan takwim Islam (hilal), malah BCK juga menyediakan fasiliti bagi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta penyelidikan berkaitan astronomi dan astrofizik. Kajian ini penting bagi memastikan kelestarian cahaya gelap di BCK dan kawasan sekitarnya adalah releven dengan keperluan semasa. Magnitud kecerahan langit diukur pada waktu malam menggunakan alat pengesan cahaya (SQM) di beberapa lokasi sekitar BCK yang kemudiannya dibandingkan dengan data simulasi satelit. Seterusnya teknik interpolasi menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dilakukan bagi menghasilkan peta model reruang kecerahan langit yang jelas menunjukkan kawasan langit gelap dan terang di BCK dan kawasan sekitarnya. Analisis data menunjukkan kewujudan beberapa lokasi langit cerah (penunjuk pencemaran cahaya) di sekitar kawasan BCK dengan nilai tertinggi adalah 16.35 mag arcsec−2 (3.115×10-2 cd m- ²) yang mungkin disebabkan oleh aktiviti manusia. Kecerahan langit di Balai Cerap KUSZA ialah 21.34 mag per arcsec−2 (3.144×10-4 cd m- ²) dan merupakan antara titik paling gelap dalam kawasan BCK. Secara keseluruhan, data menunjukkan kawasan sekitar balai cerap masih selamat daripada pencemaran cahaya yang keterlaluan. Walau bagaimanapun, pencemaran cahaya tidak terkawal akan mengganggu gugat aktiviti cerapan. Oleh itu, peta model reruang yang dihasilkan ini dijangka dapat membantu penyelidik astronomi optik untuk memantau kadar pencemaran cahaya di BCK bagi tujuan penyelidikan astronomi umumnya dan rukyah hilal secara khususnya di Malaysia.
Affiliation:
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Yusuf Maitama Sule University Kano, Nigeria
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- University of Malaya, Malaysia
- RMIT University, Australia
- Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
- Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia
Toggle translation
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
6 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Web of Science (SCIE - Science Citation Index Expanded) |
Impact Factor
|
JCR (1.009) |
Rank |
Q4 (Multidisciplinary Sciences) |
Additional Information |
JCI (0.15) |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (1.4) |
Rank |
Q2 (Multidisciplinary) |
Additional Information |
SJR (0.251) |
|
|
|