View Article |
Mengekang impak negatif sharenting: satu kajian tentang keterlibatan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan ketika pandemik Covid-19
Anis, S. M. S1, Aima, N. M. A2, Nor, A. M. N3, Yusramizza, M. I4, Yusuff, S. A. B5.
Perkataan sharenting pada asasnya ialah gabungan daripada dua perkataan bahasa Inggeris iaitu sharing dan parenting. Istilahsharenting merujuk kepada fenomena perkongsian foto dan video anak-anak serta maklumat pengenalan diri yang lain oleh ibu bapa pada akaun media sosial mereka sendiri. Penggunaan lazim media sosial sebagai platform untuk perkongsian yang kebiasaannya mempunyai perlindungan privasi yang sangat minimum, telah mewujudkan kebimbangan dalam masyarakat. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerana penularan wabak COVID-19, penggunaan media sosial sebagai medium penyebaran maklumat dan perkongsian bukanlah sesuatu yang asing. Ia menjadi sebahagian daripada norma baharu kehidupan apabila pertemuan bersemuka menjadi sukar atau mustahil disebabkan oleh beberapa faktor. Ditambah pula dengan kewujudan pelbagai aplikasi yang kebanyakannya dapat diakses secara percuma melalui capaian Internet dan telefon pintar mudah alih. Percambahan perkongsian tentang kehidupan seharian termasuk aktiviti sharenting berlaku secara berleluasa tanpa sekatan. Di sebalik kesan positif daripada perkongsian ini, wujud implikasi negatif kepada fizikal, mental dan spiritual kanak-kanak. Bertunjangkan kepada mengawal impak negatif sharenting terhadap kanak-kanak, artikel ini memfokuskan peruntukan undang-undang sedia ada yang melindungi kanak-kanak di Malaysia selain mengenal pasti peranan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dalam menangani isu sharenting. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bagi menghuraikan peranan agensi kerajaan dan NGO dalam membendung kesan buruk daripada perbuatan sharenting. Analisis data dibuat melalui kaedah penelitian terhadap beberapa dokumen statut utama seperti Akta Kanak-Kanak 2001; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017; dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di samping hasil temu bual yang dijalankan dengan beberapa orang responden untuk menghalusi isu ini dengan lebih mendalam dan praktikal. Artikel ini menyimpulkan bahawa mekanisme kawalan perlulah mengimbangi hak ibu bapa terhadap anak-anak tanpa meminggirkan hak anak-anak. Dalam keadaan konflik antara hakhak tersebut, kebajikan anak-anak perlulah diberikan keutamaan. Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO amat diperlukan kerana peranan yang dimainkan oleh setiap pihak adalah berbeza-beza demi mengurangkan impak negatif daripada perbuatan sharenting
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia., Malaysia
- Chief Registrar's Office Federal Court of Malaysia, Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia., Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia., Malaysia
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia., Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.2) |
Rank |
Q4 (Law) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
SJR (0.164) |
|
|
|