View Article |
Penguatkuasaan pematuhan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor pembinaan
Syazwan, S. Z1, Mokhtar, Z. R2.
Dalam konteks tempat kerja, sektor binaan menyumbang kepada kes kemalangan maut tertinggi di Malaysia. Pematuhan terhadap perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) adalah penting bagi memastikan pekerja di tapak binaan selamat dan sihat. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA 1967) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) memperuntukkan tanggungjawab para majikan dalam memastikankeselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja mereka, termasuk yang di tapak binaan. Objektif kajian ini ialah untuk mengetengahkan analisis penguatkuasaan bagi pematuhan perundangan KKP oleh DOSH terhadap sektor binaan di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian penerokaan melalui kaedah menganalisis data sekunder berkaitan yang diperoleh daripada DOSH.Hasil analisis data-data tersebut menunjukkan DOSH memfokuskan pendekatan progresif dengan mengeluarkan notis bagi ketidakpatuhan yang ditemui. Analisis data juga mendapati DOSH menumpukan tindakan punitif berkaitan OSHA 1994 yang mempunyai skop lebih luas berbanding dengan FMA 1967 yang tertumpu pada keselamatan berkaitan jentera. Dapatan kajian menemukan tindakan punitif yang dikenakan pada majikan di sektor pembinaan atas kesalahan-kesalahan, seperti pengendalian perancah yang tidak selamat, keselamatan elektrik yang terabai dan kegagalan mematuhi prosedur bekerja di tempat tinggi sehingga menyebabkan kemalangan. Kajian ini mencadangkan bahawa DOSH perlu melaksanakan penguatkuasaan secara progresif dan punitif secara seimbang bagi meningkatkan kepatuhan kepada KKP di sektor binaan dan seterusnya mencegah kemalangan. Kajian ini memberi implikasi kepada akademia dengan menyediakan bukti emperikal tentang statistik penguatkuasaan perundangan berkaitan KKP yang sangat terhad. Selain itu, kajian ini juga boleh menjadi rujukan oleh DOSH dalam merangka strategi yang lebih berkesan demi mengurangkan kemalangan maut di sektor binaan.
Affiliation:
- Universiti Utara Malaysia, Malaysia., Malaysia
- Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 19 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
1 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
Indexed by |
Scopus 2020 |
Impact Factor
|
CiteScore (0.2) |
Rank |
Q4 (Law) Q4 (Sociology and Political Science) |
Additional Information |
SJR (0.164) |
|
|
|