First report of preparation of paralytic shellfish poisoning toxin standards from the toxic dinoflagellate Alexandrium minutum (Dinophyceae)
Mohd Nor Azman Ayub1, Roziawati Mohd Razali2.
Toksin Keracunan Kerang-kerangan Paralitik (PSP) adalah sekumpulan neurotoksin kuat yang termasuk saxitoxin dan beberapa analog struktur yang menyebabkan banyak kejadian keracunan
di seluruh dunia. PSP adalah satu-satunya keracunan kerang-kerangan berkaitan ledakan alga
berbahaya (HAB) yang telah dilaporkan di Malaysia. Satu kajian telah dijalankan untuk menulenkan sebatian toksin yang terdapat dalam kultur kumpulan Alexandrium minutum yang dikaitkan dengan kes PSP. Sebanyak 15 kumpulan kultur alga A. minutum telah diekstrak untuk menentukan tahap toksin menggunakan kaedah HPLC terbitan pasca-lajur isokratik dengan pengesanan pendarfluor (HPLC-FLD). Kumpulan toksin utama yang dikesan dalam kultur A. minutum adalah daripada kumpulan GTX1&4, GTX5 dan GTX2&3. Jumlah tertinggi kandungan toksin PSP yang dikesan adalah daripada kumpulan AM07 pada 7542.23 fg/sel. Kultur ini mula-mula ditulenkan melalui resin Bio Gel P-2 untuk mengumpul pecahan kumpulan toksin GTX1&4, GTX 5, dan GTX2&3. Pecahan kumpulan toksin ini telah ditulenkan buat kali kedua menggunakan resin Bio-Rex 70 untuk mengasingkan kumpulan toksin. Kajian lanjut akan dijalankan untuk mendapatkan jumlah toksin yang optimum. Ini merupakan kali pertama bagi menghasilkan piawaian toksin daripada dinoflagellat toksik.
Affiliation:
- Fisheries Research Institute, Penang, Malaysia
- Fisheries Research Institute, Penang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 17 time(s))