View Article |
Microphytoplankton Composition and Water Quality Parameters of Mariculture Area in Kuala Gula, Perak, The Northern Straits of Malacca
Roziawati Mohd Razali1, Nurin Izzati Mustapa2, Ku Kassim Ku Yaacob3.
Komposisi dan kepadatan mikrophytoplankton telah dipantau setiap bulan di kawasan sangkar ikan marin Kuala Gula, Perak dari Februari 2017 sehingga Januari 2018 di enam stesen terpilih dengan penekanan kepada mikroalga berpotensi berbahaya. Parameter fizikal dan
kimia permukaan air laut juga disiasat. Komuniti mikrofitoplankton di kawasan itu terdiri daripada 64 genera, dengan 45 diatom, 17 dinoflagelat dan 2 alga biru-hijau. Kelimpahan microfitoplankton adalah antara 2.73 × 103 cells L-1 dan 1.5 × 106 cells L-1. Diatom mendominasi komuniti mikrophytoplankton dengan kelimpahan relatif sebanyak 99.65 %. Diatom, Skeletonema spp. mendominasi kawasan persampelan melebihi sebanyak 73.0 % sepanjang tempoh persampelan dengan peratusan sumbangan tertinggi sebanyak 97.93%. Spesies mikrophytoplankton yang berpotensi berbahaya telah dikenalpasti seperti Alexandrium spp., Chaetoceros spp., Dinophysis spp., Prorocentrum spp., Karlodinium spp., Margalefidinium spp., Noctiluca scintillans, Pseudo-nitzschia spp., Skeletonema spp. danTripos sp. Tiada cetusan alga berbahaya (CAB) berlaku sepanjang tempoh kajian dijalankan. Walau bagaimanapun, laporan terbaru kematian ikan secara besar-besaran di kawasan ini telah dikaitkan dengan cetusan alga, Margalefidinium fulvencens yang dilaporkan pada Mei 2020. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan pemantauan CAB berterusan dan program amaran awal di kawasan ini untuk meminimumkan kerugian dan melindungi industri akuakultur pada masa hadapan.
Affiliation:
- Fisheries Research Institute, Penang, Malaysia
- Fisheries Research Institute Penang (Malaysia), Malaysia
- Fisheries Research Institute, Penang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 20 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|