Distribution and Density of Edible Bivalve and Gastropods Naturally Occurring in the Coastal Waters of Perak, Malaysia
Ryon Siow1.
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti taburan dan kepadatan kerang-kerangan dan gastropod yang boleh dimakan seperti kepah, kerang bulu, siput Nassa, siput bintang, siput duri dan siput unam di perairan pantai di Perak, Malaysia. Lokasi persampelan merangkumi seluruh perairan pantai Perak daripada Tanjung Piandang sehingga Hutan Melintang. Persampelan dijalankan
menggunakan alat tangguk bergalah dan jarak daripada pantai dihadkan kepada kurang daripada lima batu nautika. Keputusan kajian ini menunjukkan taburan bagi kepah tertumpu di kawasan beting pasir di Tanjung Beras Basah berhampiran muara Sungai Perak. Kepadatan kepah di sana berjulat antara 458 hingga 3,551 kg.km-2. Bagi kerang bulu pula, spesies ini boleh dijumpai di tiga kawasan utama iaitu di Kurau-Kuala Gula, Pulau Pasir Hitam dan Pantai Remis-Segari. Kepadatan populasi kerang bulu berjulat di antara 49 to 20,762 kg.km-2. Manakala taburan siput Nassa boleh dijumpai di kawasan utara Tanjung Kupang, di muara Sungai Perak (kepadatan 2,037 kg.km-2) and dan di muara Sungai Bernam di Tanjung Beras Basah (kepadatan 1,113 kg.km-2). Taburan bagi siput bintang, siput duri dan siput unam pula adalah berkait dengan habitat bakau dan boleh dijumpai di kawasan utara Perak daripada Tanjung Piandang sehingga ke Pantai Remis. Purata kepadatan bagi ketiga-tiga spesies ini masing-masing ialah 313±129, 228±28 dan 629±125 kg.km-2 (±SE).
Affiliation:
- Fisheries Research Institute, Kampung Acheh, Perak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 16 time(s))