View Article |
Molecular Characterisation of Segment 3 Tilapia Lake Virus (TiLV) Isolated from Different Localities in Malaysia
Rimatulhana Ramly1, Azila Abdullah2, Munira Murni3, Zuraidah Roli4, Kamisa Ahmad5, Afzan Muntaziana Mohd. Pazai6.
Malaysia telah mengisytiharkan TiLV positif kepada OIE pada tahun 2017 dan setelah pengisytiharan OIE ini, penyelidikan dan pemantauan telah dilaksanakan. Artikel ini memfokuskan kepada pencirian molekul TiLV yang diasingkan dari ikan tilapia di beberapa kawasan di Malaysia, semasa epidemiologi dan wabak penyakit. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan molekul pada segmen 3 antara isolat TiLV yang dipencilkan. Sampel yang dikumpulkan adalah antara tahun 2017 dan 2019. Sampel organ seperti hati, ginjal dan limpa
digabungkan dalam media pengangkutan virus, diproses dan diinokulasi ke dalam sel E-11. Sel-sel
yang diinokulasi diperhatikan untuk sebarang pembentukan kesan sitopatik (CPE) untuk sekurangkurangnya 3 sub-passage, sebelum dituai dan disahkan dengan semi-nested RT-PCR. Dari 62 sampel yang diinokulasi ke dalam kultur sel, 33 sampel (53.2%) positif untuk CPE dan 22 sampel dipilih untuk dibuat penjujukan cDNA. Hasil jujukan cDNA dibandingkan dengan pangkalan data di GenBank di Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi (NCBI) dan pohon filogenetik dibentuk menggunakan perisisan MEGA 7 melalui analisis bootstrap kemungkinan maksima (1000 replikasi). Hasil kajian menunjukkan bahawa segmen 3 dari semua TiLV yang diasingkan dari ikan tilapia dalam kajian ini mempunyai sekurang-kurangnya 98% persamaan dengan TiLV yang diasingkan dari Thailand
Affiliation:
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
- National Fish Health Research Division, NaFisH, Penang, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 14 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|