View Article |
Indian Mackerel (Rastrelliger kanagurta) Stock Status and Resources in Northern West Coast of Peninsular Malaysia
Effarina Mohd Faizal Abdullah1, Nur Amalia Saleh2, Fathul A'dnin Zulpakar3.
Ikan kembong (Rastrelliger kanagurta) merupakan spesies yang biasa di jumpai dalam kumpulan ikan pelagik di Malaysia. Kajian status stok dan sumber ikan kembong telah dijalankan dari Januari 2017 hingga Disember 2018. Sampel ikan kembong diperolehi dari tangkapan pukat jerut di jeti pendaratan ikan Kuala Perlis. Objektif kajian ini adalah untuk mentaksir status stok dan sumber ikan kembong di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia. Tangkapan per unit
usaha (CPUE) di pantai barat menunjukkan corak turun naik dari tahun 2008 hingga 2018. Musim
pembiakan ikan kembong di kawasan pantai barat dijangka berlaku pada bulan Disember - Mac.
Aktiviti pembiakan yang tinggi dapat dilihat pada bulan Januari dengan nilai gonadosomatik bagi
jantan dan betina masing-masing sebanyak 4.3 dan 3.7. Analisis Plot Kobe pula menunjukkan status stok ikan kembong masih berada di zon hijau yang memberi gambaran bahawa spesies ini masih boleh di eksploitasi secara mapan
Affiliation:
- Fisheries Research Institute, Kampung Acheh, Perak, Malaysia
- Fisheries Research Institute, Kampung Acheh, Perak, Malaysia
- Fisheries Research Institute, Kampung Acheh, Perak, Malaysia
Toggle translation
Download this article (This article has been downloaded 18 time(s))
|
|
Indexation |
Indexed by |
MyJurnal (2021) |
H-Index
|
0 |
Immediacy Index
|
0.000 |
Rank |
0 |
|
|
|